SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Thursday, April 16, 2009

BERMULANYA TEORI SASTERA MODEN

Tidak ada satu tarikh tepat yang dapat dirujuk bagi menjelaskan tempoh era klasik dan era moden. Walau bagaimanapun, perkembangan bidang teori sastera sejak zaman klasik hingga moden dapat difahami berdasarkan aliran-aliran dan tokoh-tokog penting yang muncul ketika itu.
Perkembangan teori dalam era klasik bermula dengan tokoh pentingnya Plato yang dilahirkan pada tahun 427-347 sebelum Masehi. (S.M.) dan beberapa tokoh lain seperti Aristotle (384-322 S.M.), Horace atau nama penuhnya Quintus Horatius Flaccus (65-8 S.M.) dan Cassius Longinus (213–273 S.M.). Dalam era pertengahan iaitu zaman bermulanya empayar Roman pada abad Ke-5, muncul tokoh penyair terkenal iaitu Durante degli Alighieri (1265-1321 M.).
Selepas zaman pertengahan, perkembangan teori sastera memasuki zaman renaissance atau zaman pembaharuan yang berlaku pada abad Ke-14 hingga abad ke-17. Dalam era ini, idea-idea pemikir dan ahli falsafah dalam era klasik diambil dan diketengahkan. Dengan itu, era ini juga disebut sebagai era neoklasik. Idea-idea falsafah dan karya Poetics Plato dibincangkan dan diterjemahkan. Tokoh-tokoh penting teori dan kritikan sastera yang muncul dalam era ini ialah Sir Philip Sidney (1554-86), John Dryden (1631-1700) Alexender Pope dan Samuel Johnson (1709-1784). Lodovico Castelvetro merupakan tokoh kritikan sastera yang penting yang banyak melakukan kritikan terhadap karya puisi.
Era bermulanya perkembangan teori kesusasteraan moden dapat dikatakan bermula dengan kemunculan teori Formalisme Rusia pada tahun 1915. Tokoh-tokoh penting teori ini ialah Roman Jakobson, Viktor Shklovsky dan Boris Ejxenbaum. Kemunculan tokoh-tokoh ini membawa bersama idea `kesusasteraan untuk kesusasteraan` dan menolak kesusasteraan untuk bidang lain. Golongan ini percaya bahawa kesusasteraan telah ditenggelamkan oleh bidang-bidang ilmu lain seperti sejarah, moral, psikologi, pengarang dan juga politik. Mereka mahu kesusasteraan dikembalikan dan diberikan tempat yang sewajarnya, iaitu mengembalikannya semula kepada dirinya sendiri iaitu bahasa.

TEORI SASTERA ERA KLASIK

Sejarah perkembangan teori sastera dapat disusuli daripada tradisi Greek. Plato boleh dianggap sebagai seorang tokoh pemikir yang terawal membicarakan soal seni. Idea-idea Plato tentang seni terakam dalam beberapa karyanya seperti Ion, Crito, The Republic dan tulisan-tulisan lain. Perbincangan Plato dalam karya-karyanya itu banyak menyentuh hal yang berkait dengan kebenaran, keindahan, kebaikan, moral, etika, struktur masyarakat dan realiti.
Bertolak daripada pemikiran Plato, muncul pula tanggapan lain terhadap seni oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Secara kontradik, Aristotle menolak beberapa pemikiran gurunya (Plato) tentang konsep seni dan penyair. Jawapan-jawapan kepada pandangan Plato ditulis oleh Aristotle dalam siri kuliahnya yang berjudul Poetics.
Daripada pemikiran Plato dan Aristotle merebaklah wacana teori dalam era klasik hingga ke era Victorian dengan muncul berberapa pemikir lain seperti Quintus Horatius Flaccus (Horace), Longinus, Dante Alighieri, Philip Sidney, John Dryden, Alexander Pope dan ramai lagi. Apa yang menarik daripada perkembangan awal ini ialah, golongan klasik sangat mementingkan dan menuntut seni yang membawa nilai moral, kebaikan dan didaktif. Pandangan mereka terhadap seni bersifat umum dan tidak disandarkan kepada satu kaedah yang sistematik.
Meskipun demikian sifatnya pemikiran pemikir klasik menanggapi fenomena-fenomena sastera, namun tradisi ini telah menyumbang kepada perkembangan teori sastera dalam era moden. Kerana itu, kata Ann Jefferson dan David Robey (1988), teori kesusasteraan moden mempunyai banyak persamaan dengan tradisi terdahulu malah banyak pula bergantung kepadanya.

Friday, April 10, 2009

TEORI SASTERA

Rene Wellek dan Warren (1988) mungkin merupakan tokoh sastera moden terawal yang memberi makna kepada teori sastera. Buku beliau yang berjudul `Theory of Literature` menjadi pegangan golongan formalis dalam memahami dan menganalisis teks. Menurut Wellek, teori sastera menjelaskan perkara-perkara seperti prinsip, kategori dan kriteria sastera.
Meskipun berkaitan dan mempunyai akar umbi kemunculan yang agak sama, namun setiap teori memiliki cara yang berbeza dalam melihat dan menanggapi sesuatu fenomena sastera. Richard Freadman dan Seumas Miller (1992) mengakui dan memberi penjelasan bahawa, di antara satu teori dengan teori yang lain tidak sama. Dalam sejarah perkembangan teori sastera di Barat, baik sewaktu era klasik, moden mahupun pascamoden, kita didedahkan dengan prinsip-prinsip, dasar dan ciri-ciri teori yang berbeza di antara satu sama lain, meskipun fenomena yang ditanggapinya sama.
Perkara ini dapat dikesan dengan mengambil contoh teori-teori yang berkembang dalam era moden seperti Formalisme, Strukturalisme dan New Criticism. Pada dasarnya, teori-teori ini bersandarkan kepada falsafah kesasteraan sastera dengan memberi penekanan mendalam terhadap aspek-aspek kebahasaan dan struktur-struktur dalam teks (tekstual). Meskipun demikian, cara Formalis memahami fenomena tekstual adalah berasaskan aspek linguistik sebagai sumber makna teks. Sedangkan tekstualiti Strukturalis bergantung kepada keseluruhan (wholeness) struktur yang membiRamli Isin (1997) misalnya menjelaskan, teori adalah gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, kriteria dan saranan yang memperjelaskan sesuatu objek. Teori merupakan sesuatu pendapat, sesuatu cara atau sesuatu aturan yang sistematik sifatnya yang dicetuskan oleh seseorang pemikir atau penteori yang boleh digunakan oleh pencetus atau pengikutnya sama ada yang sezaman atau lebih kemudian untuk melakukan sesuatu pengkajian atau penelitian dalam sesuatu bidang ilmu. Mana Sikana (1997) menyebutkan teori merupakan gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, kriteria dan saranan yang menjelaskan sesuatu subjek. Dapat dirumuskan bahawa, teori sebagai gugusan idea atau konsep yang membentuk suatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena berasaskan aturan yang sistematik. Bagi Rene Wellek (1988), teori sastera ialah pengajian tentang prinsip kesusasteraan, kategori dan kriterianya yang merangkumi teori kritikan dan teori sejarah sastera. Charles Bressler (1999) pula menyebutkan `literary theory – the assumptions (conscious or unconscious) that undergird one’s understanding and interpretation of language, the construction of meaning, art, culture aesthetics and ideological position’. na teks untuk menghasilkan makna.

PROSES MEMBINA TEORI

Pembentukan atau pembinaan sesebuah teori melibatkan empat proses iaitu, pemerhatian, pentafsiran, memperhalusi dan penerangan. Pengkaji lazimnya melakukan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang terdapat di dalam teks, pengarang mahupun khalayak. Idea awal akan tercetus daripada pemerhatian ini. Pengkaji akan merumuskan idea ini dengan adunan beberapa idea lain yang kemudiannya menjadi suatu gugusan idea. Idea-idea kemudiannya disusun dengan baik dan ditafsirkan sebagai penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan itu. Penafsiran awal kemudiannya diperhalusi dengan sokongan data atau bukti emperikal yang membantu membentuk satu generalisasi. Pada tahap ini, rangka teori sudah terbentuk dan mampu menerangkan atau menjawab permasalahan pengkaji terhadap fenomena yang diperhatikannya.
Gagasan idea atau saranan ialah himpunan atau gugusan beberapa buah idea awal yang membina konsepsi penteori. Gagasan ini boleh diterangkan atau dideskripsikan secara kronologikal satu persatu dan mempunyai hubungan yang berkaitan di antara idea pertama dengan idea berikutnya, sehingga memperlihatkan kesatuan idea yang padu.
Deskripsi bermaksud penteori dapat memperincikan hubungan-hubungan yang kelihatan berasaskan fenomena yang ditanggapi dengan idea yang dikonsepsikan secara sistematik dan beraturan. Sampai pada peringkat ini, maka secara asasnya terbangunlah sebuah teori kesusasteraan. Teori ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia melalui proses pengujian untuk memberi keabsahan dan legitimasinya sebagai teori kesusasteraan. Sebagaimana sifatnya sebagai sebuah teori, maka ia akan berhadapan dengan proses pemurnian, baik oleh penteori itu sendiri atupun oleh pihak lain.

Wednesday, April 8, 2009

KRITERIA DAN PRINSIP TEORI

Kriteria-kriteria ini bukanlah suatu yang mutlak dan khusus, namun, berasaskan inti teori, maka dapat dirumuskan kriteria untuk menentukan sesuatu teori itu ialah:-

proses pembentukannya
gagasan idea atau saranan,
deskripsi,
pengujian,
pemurniannya.

Pembentukan atau pembinaan sesebuah teori melibatkan empat proses iaitu, pemerhatian, pentafsiran, memperhalusi dan penerangan. Pengkaji lazimnya melakukan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang terdapat di dalam teks, pengarang mahupun khalayak. Idea awal akan tercetus daripada pemerhatian ini. Pengkaji akan merumuskan idea ini dengan adunan beberapa idea lain yang kemudiannya menjadi suatu gugusan idea. Idea-idea kemudiannya disusun dengan baik dan ditafsirkan sebagai penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan itu. Penafsiran awal kemudiannya diperhalusi dengan sokongan data atau bukti emperikal yang membantu membentuk satu generalisasi. Pada tahap ini, rangka teori sudah terbentuk dan mampu menerangkan atau menjawab permasalahan pengkaji terhadap fenomena yang diperhatikannya.
Gagasan idea atau saranan ialah himpunan atau gugusan beberapa buah idea awal yang membina konsepsi penteori. Gagasan ini boleh diterangkan atau dideskripsikan secara kronologikal satu persatu dan mempunyai hubungan yang berkaitan di antara idea pertama dengan idea berikutnya, sehingga memperlihatkan kesatuan idea yang padu.
Deskripsi bermaksud penteori dapat memperincikan hubungan-hubungan yang kelihatan berasaskan fenomena yang ditanggapi dengan idea yang dikonsepsikan secara sistematik dan beraturan. Sampai pada peringkat ini, maka secara asasnya terbangunlah sebuah teori kesusasteraan. Teori ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia melalui proses pengujian untuk memberi keabsahan dan legitimasinya sebagai teori kesusasteraan. Sebagaimana sifatnya sebagai sebuah teori, maka ia akan berhadapan dengan proses pemurnian, baik oleh penteori itu sendiri atupun oleh pihak lain.
Sesebuah teori kesusasteraan yang baik ialah teori yang sifatnya aplikatif mendokong sesuatu gagasan ketika berhadapan dengan teks kesusasteraan dan dapat membuka dinamikanya kepada pandangan-pandangan baharu serta menguja argumentasi dalam amalan kritik sastera. Teori kesusasteraan yang tidak digunakan dalam apa juga aplikasi kritikan adalah sebuah teori yang beku, kekurangan daya sistematikalnya dan statik. Teori sebegini tinggal `diam` dengan sifat murni teori tersebut dan tidak mampu memasuki ruang sastera amali.
Teori menyediakan huraian dan ramalan bagi menjawab sesuatu persoalan. Dengan huraian dan ramalan itu, para penteori berteori. Berteori bermaksud proses memberikan huraian dan ramalan tentang sesuatu fenomena kesusasteraan yang timbul. Kenyataan atau idea yang tidak cuba menghurai atau meramalkan sesuatu fenomena dengan cara yang tidak berperaturan bukanlah sebuah teori. Mungkin terdapat kenyataan-kenyataan yang yang betul dari segi definisi tetapi dari segi sifatnya bercanggah sesama sendiri atau masih kabur untuk difahami, maka kenyataan itu bukan sebuah teori yang lengkap, ia mungkin sekadar sebuah gagasan idea atau konsep atau sebuah paradigma.

APA ITU TEORI?

Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini, definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori.
Berikut dikemukakan beberapa definisi teori yang diberikan oleh sarjana Barat.
Mieke Bal (1985) Sebelum memahami definisi teori sastera, elok difahami terlebih dahulu makna teori. menyebutkan `a theory is a systematic set of generalized statements about a particular segment of reality. Menurut Heinan (1985) pula, teori ialah `a group of logically organized laws or relationships that constitute explainnation in a discipline`. Davis (2000) pula menyebutkan `theory is a simply an idea about why people are the way they are and act the way they act’. Kerlinger (1973:9) mendefinisikan teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan antara pembolehubah. Kerlinger menambah, tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan pengertian kepada kita bagaimana sesuatu fenomena itu terjadi.