SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Sunday, September 9, 2012

SEMINAR KEBANGSAAN TEORI SASTERA MALAYSIA

Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI akan menganjurkan SEMINAR KEBANGSAAN TEORI SASTERA MALAYSIA pada 28-29 September 2012 bertempat di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. OBJEKTIF 1.Membincang dan membahaskan kekuatan dan kelemahan teori-teori sastera janaan sarjana Melayu di Malaysia dalam amalan kritikan sastera. 2.Menyebar luas pengetahuan tentang perkembangan dan kemajuan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Malaysia menerusi pembentangan kertas kerja, dialog dan diskusi. 3.Merumuskan pandangan tentang usaha memartabatkan dan menytebar luas ilmu maklumat dan ilmu teori sastera Melayu. 4.Membincangkan idea-idea baharu tentang pelbagai fenomena dalam kesusasteraan. TEMA Penilaian dan Pemerkasaaan teori sastera Melayu JADUAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA A)SESI 1: 28/9/2012 – Jumaat (8.30 – 9.30 Pagi) 1.Prof Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (UPSI) 2.Mohd Daud Mohamad (Mantan Ketua Bahagian Teori & Kritikan Sastera DBP) Pengerusi Sesi: Profesor Madya Dato Paduk Dr. Mohd Rosli Saludin B)SESI II: 28/9/2012 - Jumaat (10.00-11.40 Pagi) 1.YB Dr. Shafie Abu Bakar (Penteori) 2.Profesor Emeritus Dato Dr. Mohd Yusof Hassan (IPM, UPSI) 3.Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Hassan (APM, UM) Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Azhar Wahid C)SESI III: 28.9.2012 - Jumaat (3.00 – 4.30 Ptg) 1.Profesor Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir (ATMA, UKM) 2.Dr A.Wahab Ali (Sarjana) 3.Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali (BUDIMAN) Pengerusi Sesi: Prof. Dr. HM Bukhari Lubis D)SESI IV : 29.9.2012 – Sabtu (8.30 – 10.00 Pagi) 1.Dr. Hj Samsuddin Othman (UPM) 2.Dr. Hj. Naffi Mat (UPSI) 3.Junaidah bt Salleh (KPKK) Pengerusi Sesi: Dr. Norazimah Zakaria E)SESI V: 29.9.2012 – Sabtu ( 10.30 – 12.00 ) 1.Prof. Madya Dr. Samsina Abdul Rahman (UPM) 2.Prof. Madya Dr. Zariat Mohd Rani (UPM) 3.Dr. Ani Omar (UPSI). Pengerusi Sesi: Encik Ghazali Din YURAN PENYERTAAN: 1. Bukan pelajar RM 100.00 2. Pelajar RM 50.00 Bayaran menggunakan cek hendaklah ditulis atas nama PERSATUAN PENULIS BUDIMAN atau boleh bank in ke akaun Persatuan BIMB 08068010031161 (tunjukkan slip bank pada masa pendaftaran) Peserta akan disediakan dengan kudapan, merarau dan cicipan prosiding, beg seminar dan sijil penyertaan PENGINAPAN Diurus sendiri oleh peserta. terdapat Lapan buah hotel yang boleh dihuni iaitu Hotel Sahara Inn Hotel Twin Star Hotel Bunga Raya Hotel anggerek Hotel Sri Malim Hotel Budget Hotel LP Hotel Cahaya MAKLUMAT SEMINAR Boleh hubungi terus Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali, 013-3326213 Prof. Madya Dr. Azhar Wahid, 017-3307518 Para ilmuwan, penggiat, pengkritik, peminat dan pendokong sastera Melayu dengan sukacitanya DIJEMPUT hadir ke seminar ini.

Sunday, February 5, 2012

MEMBINA KEYAKINAN TERHADAP TEORI SASTERA BERUNSUR ISLAM

Telah sekian lama para pengkritik dan ahli teori sastera di Malaysia menggunakan teori-teori kesusasteraan Barat dalam amalan kritik teks terhadap teks-teks kesusasteraan Melayu.Saya mempunyai keyakinan bahawa pengarang-pengarang Melayu, khususnya yang beragama Islam tidak bercita-cita menghasilkan karya semata-mata kerana seni sastera itu. Mereka pada dasarnya terikat sejak azali lagi atas tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah. jika bukan kerja sebab itu, nescaya manusia tidak diciptakan Allah. Tanggungjawab inilah yang mesti diterjemahkan oleh pengarang dalam karya mereka. Pengarang mempunyai banyak cara, kaedah dan pendekatan untuk menyampaikan pengabdian itu dalam karya. terpulang atas kreativiti masing-masing.manakala pengkriitik pula peranannya haruslah cenderung kepada berusaha untuk menjelaskan, menghurai dan menentukan signifikasi hubungan fenomena dalam teks dengan dengan tujuan pengbadian tadi. Sama ada kritikan itu dalam bentuk menegah atau menyuruh. Apabila titik in dapat ditemukan, saya percaya dua pihak ini (pengarang dan pengkritik) secara tidak langsung telah berperanan menyampaikan Islam kepada pembaca. cuma keikhlasan mereka sahaja yang menentukan mereka diberi pahala atau tidak.
Saya kira tidak memadai menulis dengan tujuan untuk sastera semata-mata dan pengkritik hanya mengkritik dengan tujuan untuk mengkritik semata-mata. Penulis dan pengkritik yang bertauhidkan agama islam, maka tidak wajar mereka hanya menganggap sastera bertauhidkan agama sebagai agama semata-mata, kerana agama islam itu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
menulis dan mengkritik atas dasar sastera semata-mata pun boleh. Dari satu sudut ia nampak menambahkan khazanah ilmu dalam sastera, tetapi belum tentu ia dapat diterima sebagai sebagai sesuatu yang bermakna di sisi agama. Kerana itu, saya menyarankan supaya teori-teori sastera berunsur Islam khususnya yang dihasilkan oleh sarjana di Malaysia yang saya sifatkan sebagai teori sastera mandiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menempatkan teks-teks kesusasteraan Melayu di Malaysia pada landasan sastera yang bermakna dan berpahala di Allah SWT.
Kita harus membina keyakinan bahawa teori-teori sastera yang berlandaskan agama Islam lebih sesuai untuk menjelaskan fenomena-fenomena kesusasteraan dalam teks-teks yang dihasilkan oleh pengarang Islam, berbanding teori-teori sastera Barat.

Sunday, January 29, 2012

DESKRIPSI TEORI ESTETIKA BERSEPADU

...sambungan

Menurut Abdul Halim lagi, misteri keindahan yang tergambar dalam fikiran dan yang hadir di hadapan mata atau yang dapat dirasai dan dinikmati oleh pancaindera dan perasaan hanya dapat difahami jika kita memahami rahsia dalam penciptaan manusia itu sendiri. Penyepaduan merupakan kunci utama sebuah proses yang menghasilkan keindahan. Unsur-unsur yang bersepadu atau disepadukan dalam teks itulah yang paling asas diteliti dan diperhalusi bagi memahami makna keindahan di dalam teks.
Sebagaimana makhluk manusia yang terdiri daripada kesepaduan unsur rohani dan jasmani, akal dan pemikiran; teks kesusasteraan juga dibangunkan oleh pengarang dengan proses penyepaduan unsur rohani dan jasmani, akal dan pemikiran, emosi dan ilmu. Bahasa adalah unsur jasmani teks, manakala tema dan persoalan, idea dan pemikiran, pengajaran dan perutusan adalah unsur rohani (dalaman) teks. Kerana itu juga, Abdul Halim menteorikan untuk memahami makna keindahan dalam teks maka unsur-unsur luaran (jasmani) dan dalaman (rohani) teks perlu diteliti dan diperhalusi serta digembeleng proses pencarian maknanya berlandaskan kesepaduan.

Asas Teori

Teras teoretikal Estetika Bersepadu ialah Keindahan bermakna yang mendokong kebenaran. Keindahan teks terbahagi kepada dua iaitu itu keindahan luaran yang meliputi estetik bahasa yang tergambar pada penggunaan unsur-unsur dan gaya bahasa dan penyampaian bahasa. Kedua, keindahan dalaman yang meliputi estetik perutusan tergambar pada pemikiran pengarang yang sejajar dengan kebenaran (sejajar dengan ajaran agama Islam dan sejajar dengan realiti).
Kebenaran adalah teras penting Estetika Bersepadu. Teks kesusasteraan seharusnya mendokong kebenaran di sisi agama dan di sisi realiti. Ini bermakna teks kesusasteraan bukannya semata-mata imaginasi atau fantasi kosong pengarang, sebaliknya sebuah wadah ilmu, dakwah dan pengajaran untuk membawa manusia kepada kebenaran agama dan realiti (bukan angan-angan atau fantasi)
Teks mempunyai hubungan bermakna dengan Pencipta-Nya, pengarang, agama dan realiti. Teks tidak bersifat autonomi, sebaliknya berfungsi dalam ikatan yang dibataskan oleh ajaran agama, norma-norma kehidupan dan kebenaran.

bersambung..