SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Sunday, February 5, 2012

MEMBINA KEYAKINAN TERHADAP TEORI SASTERA BERUNSUR ISLAM

Telah sekian lama para pengkritik dan ahli teori sastera di Malaysia menggunakan teori-teori kesusasteraan Barat dalam amalan kritik teks terhadap teks-teks kesusasteraan Melayu.Saya mempunyai keyakinan bahawa pengarang-pengarang Melayu, khususnya yang beragama Islam tidak bercita-cita menghasilkan karya semata-mata kerana seni sastera itu. Mereka pada dasarnya terikat sejak azali lagi atas tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah. jika bukan kerja sebab itu, nescaya manusia tidak diciptakan Allah. Tanggungjawab inilah yang mesti diterjemahkan oleh pengarang dalam karya mereka. Pengarang mempunyai banyak cara, kaedah dan pendekatan untuk menyampaikan pengabdian itu dalam karya. terpulang atas kreativiti masing-masing.manakala pengkriitik pula peranannya haruslah cenderung kepada berusaha untuk menjelaskan, menghurai dan menentukan signifikasi hubungan fenomena dalam teks dengan dengan tujuan pengbadian tadi. Sama ada kritikan itu dalam bentuk menegah atau menyuruh. Apabila titik in dapat ditemukan, saya percaya dua pihak ini (pengarang dan pengkritik) secara tidak langsung telah berperanan menyampaikan Islam kepada pembaca. cuma keikhlasan mereka sahaja yang menentukan mereka diberi pahala atau tidak.
Saya kira tidak memadai menulis dengan tujuan untuk sastera semata-mata dan pengkritik hanya mengkritik dengan tujuan untuk mengkritik semata-mata. Penulis dan pengkritik yang bertauhidkan agama islam, maka tidak wajar mereka hanya menganggap sastera bertauhidkan agama sebagai agama semata-mata, kerana agama islam itu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
menulis dan mengkritik atas dasar sastera semata-mata pun boleh. Dari satu sudut ia nampak menambahkan khazanah ilmu dalam sastera, tetapi belum tentu ia dapat diterima sebagai sebagai sesuatu yang bermakna di sisi agama. Kerana itu, saya menyarankan supaya teori-teori sastera berunsur Islam khususnya yang dihasilkan oleh sarjana di Malaysia yang saya sifatkan sebagai teori sastera mandiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menempatkan teks-teks kesusasteraan Melayu di Malaysia pada landasan sastera yang bermakna dan berpahala di Allah SWT.
Kita harus membina keyakinan bahawa teori-teori sastera yang berlandaskan agama Islam lebih sesuai untuk menjelaskan fenomena-fenomena kesusasteraan dalam teks-teks yang dihasilkan oleh pengarang Islam, berbanding teori-teori sastera Barat.