Meskipun, pengkritik memiliki kemampuan untuk melakukan kritikan terhadap teks kesusasteraan, pengarang mahupun pembaca, namun mereka tidak boleh melakukan kritikan itu sewenang-wenangnya. Ada aturan yang tersedia yang perlu digunakan dalam kerja-kerja kritikan, ada norma-norma yang tertentu yang perlu diikuti supaya cara berkerja lebih terarah, sistematik dan boleh dipertanggungjawabkan.
Dalam kerja-kerja mengkritik, pengkritik bersemuka dengan objek utamanya iaitu teks, pembaca dan juga pengarang. Ketika berhadap dengan semua ini, sepatutnya telah tersedia pada pengkritik itu beberapa keperluan asas yang selayaknya dimiliki. Sebagaimana seorang doktor yang akan membedah pesakitnya, maka sudah pasti yang penting ada pada doktor itu ilmu tentang pembedahan, perkakas dan kaedah pembedahan. Seorang doktor tidak sembarangan melakukan pembedahan, sebaliknya menghalusi tanda-tanda penyakit, memilih pendekatan yang paling strategik supaya dapat dibongkar punca penyakit dan menyembuhkannya dengan kadar hasil yang paling maksimum.
Demikianlah halnya dengan pengkritik. Keperluan ilmu tentang kritikan adalah keperluan yang paling asas. Malah mereka juga harus menguasai ilmu tentang teori sastera yang kelak akan digunakan sebagai perkakas untuk mengoperasi karya sastera. Kombinasi dari ilmu yang diintegrasikan itu (teori dan kritikan) meletakkan seseorang pengkritik itu dalam keadaan yang `bersedia` dengan tugas yang bakal dilaksanakannya.
Selain daripada keperluan ilmu yang menunjangi keupayaannya dalam bidang ini, pengkritik juga perlu melakukan penjelajahan ke dalam karya. Dalam penjelajahan itu, pengkritik boleh bermula dengan membaca, kemudian mengamati dan seterusnya menghayati (mengapresiasi) karya sastera. Dalam proses tersebut, wajar pengkritik mengemukakan persoalan-persoalan baik kepada karya itu atau kepada diri sendiri, kemudian mengusahakan jawapan berlandaskan ilmu yang dimilikinya. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh pengkritik untuk memenuhi tuntutan penjelajahannya. Pengkritik boleh menempatkan dirinya dalam karya atau melihatnya dari luar atau kedua-dua cara berkenaan.
Setelah selesai penjelajahan, maka pengkritik memasuki peringkat seterusnya iaitu analisis. Peringkat ini menuntut pengkritik bersedia dengan perkakas teoretikal supaya penemuan pada peringkat penjelajahan dapat diserasikan dengan perkakas yang digunakan. Perkakas yang dimaksudkan di sini ialah teori. Untuk memasukkan penemuan dalam kelongsong teori itu, memerlukan kesesuaian kerangka berfikir. Kerangka berfikir ini ialah sikap dan pandangan pengkritik dalam kerja-kerja kritiknya. Sikap dan pandangan inilah yang disebut sebagai pendekatan. Atar Semi (1989) menyenaraikan empat langkah yang lazimnya diikuti oleh seseorang pengkritik yang menjalankan operasi kritikan. Langkah-langkah tersebut ialah:-
1. Menjelajah dengan melakukan penikmatan, membuat tafsiran-tafsiran terhadap
teks. Langkah ini hendaklah disertai dengan sikap `serba menanya` terhadap
teks.
2. Menempatkan diri dalam teks.
3. Memberikan dasar-dasar penilaian sebagai tolok ukur untuk menyatakan baik
buruk sesebuah karya.
4. Membuka diri kepada nilaian baharu.
.....bersambung.
SELAYANG PANDANG
Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali
Sunday, January 31, 2010
Friday, January 29, 2010
SIAPA PENGKRITIK?
Pengkritik dalam Kamus Dewan (2005:830) bermaksud orang yang mengkritik atau pembidas. Dalam bahasa Indonesia disebut kritikus yang membawa maksud orang yang ahli dalam bidang kritik (Suprapto,1993:44). Sebagai orang yang ahli dalam bidang kritikan. Dengan definisi itu, maka tugas pengkritik tentulah tidak lari daripada menjalankan kerja-kerja menganalisis, menilai, menimbang dan menghalusi teks kesusasteraan, khlayak dan pengarang.. Tujuan daripada tindakan dan kerja-kerja yang dilakukan pengkritik ialah untuk mendedahkan atau menemukakan sesuatu makna yang terselindung di dalam teks atau di sebalik kreativiti pengarang ataupun sensitiviti khaalayak.
Meskipun, pengkritik memiliki kemampuan untuk melakukan kritikan terhadap teks kesusasteraan atau terhjadap pengarangnya, namun mereka tidak boleh melakukan kritikan itu sewenang-wenangnya. Ada aturan yang tersedia untuk digunakan dalam kerja-kerjanya, ada norma-norma yang tertentu yang perlu diikuti supaya cara berkerja lebih terarah, sistematik dan boleh dipertanggungjawabkan.
Dapat dianalogikan, kedudukan dan fungsi pengkritik sama dengan kedudukan dan fungsi seorang penguam bela di dalam maahkamah. Teks, pengarang dan juga khalayak adalah pihak yang dihakimi atau terdakwa.

Monday, January 25, 2010
FUNGSI KRITIKAN
Kritikan mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan sastera. Peranan kritikan sastera menjadi pelengkap yang membentuk kesepaduan disiplin ilmu sastera. Berasaskan kepada sifatnya sebagai bidang yang bertujuan menyediakan ruang untuk pengkritiknmelakukan penilaian, maka, kritikan dapat dirumuskan mempunyai bebrapa fungsi seperti `alat` timbang atau neraca, pengukur,penilai, pendorong, pendidik dan juga berfungsi membina ilmu baharu.
Kritikan menjadi neraca untuk membuat pertimbangan-pertimbangan nilai terhadap sesebuah karya. Oleh itu, untuk meninjau peranan kritikan, pelbagai aspek perlu difahami seperti makna kritikan itu, huraian-huraian dan prinsip-prinsip mahupun instrumen yang digunakan. Tujuan kritikan juga harus diambilkira kerana tujuan pengkritik itu akan menjustifikasikan kritikannya.
Kritikan tentunya juga berfungsi sebagai pengukur yang memberi pertimbangan-pertimbangan baik buruk, positif negatif, objektif mahupun subjektif atau tinggi atau rendahnya mutu yang membawa kepada penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu karya itu. Dengan instrumen teoretikal dan metodologikal yang sistematik, kritikan akan dapat membuat pengukuran-pengukuran yang terperinci dan hasilnya tentulah akan menggambarkan kesebenarannya. Tugas melaksanakan pengukuran ini bukannya mudah, malah ia menuntut kepada ketelitian, pengamatan dan penghayatan yang sangat tinggi terhadap sesuatu karya. Sehingga hasil pengukurannya tidak mudah untuk ditolak atau diketepikan sahaja. Dengan pengukuran itu, khalayak pembaca akan dapat membuat pertimbangan sama ada mahu menerima atau menolak sesebuah karya itu.
Kritikan juga dapat membantu membina teori dan pendekatan baharu. Berasaskan kritikan yang dibuat terhadap sesebuah teks, akan mendorong kelahiran teori atau pendekatan baharu. Dalam keadaan ini, pendekatan dan teori kritikan akan sentiasa mengalami perubahan, modifikasi dan perkembangan apabila muncul teori-teori yang lebih terkini. Misalnya, pendekatan strukturalisme telah dikembangkan oleh Jaque Derrida dengan pendekatan baharu yang disebut poststrukturalisme. Demikian juga pendekatan sejarah, telah memunculkan praktis pensejarahan baharu (New Historicism) dengan kerangka pemikiran yang baharu pula. Pertumbuhan dan perkembangan teori sejak awal kemunculannya pada era Yunani hingga ke hari ini adalah bergerak atas landasan kritikan. Secara interteori, kritikan akan membantu memperluaskan perkembangan sastera dari semasa ke semasa dengan pelbagai pembaharuan yang menakjubkan. Kritikan dalam konteks ini menunjangi perluasan dan pengembangan ilmu baharu, khususnya dalam disiplin kesusasteraan itu sendiri.

Wednesday, January 13, 2010
APA ITU PENDEKATAN?
Dalam kritikan sastera, kita sering bertemu dengan istilah pendekatan. Dalam bahasa Inggeris bermaksud approach. Pendekatan tidak dibincangkan atau jrang diperkatakan dalam topik teori, sebaliknya dalam perbincangan dan perbahasan tentang kritikan teks atau kaedah untuk mengktitik teks, peroslan pendekatan ini timbul. Apakah itu pendekatan dalam konteks kritikan sastera?
Secara mudah, pendekatan dapat difahami sebagai cara sesebuah teks kesusasteraan itu didekati bagi tujuan membuat penilaian. Untuk mendekati teks, pengkritik memerlukan alat (teori) yang boleh menyampaikannya atau membolehkan pengkritik melakukan kritikan. Sekiranya, pengkritik menggunakan alatan daripada teori Formalisme, maka, pada waktu itu dapat dikatakan, pengkritik itu mengkritik teks menggunakan pendekatan Formalisme.
Menggunakan pendekatan Formalisme bererti, cara memahami, cara menginterpretasi dan cara menghuraikan hasil analisis berpandukan kepada prinsip-prinsip atau dasar-dasar teori Formalisme. Demikianlah halnya `sekirnya, pengritik menggunakan prinsip-prinsip teori yang lain dalam kritikannya.

Tuesday, January 12, 2010
TEORI SASTERA & TEORI KRITIKAN SASTERA
Ramai dalam kalangan pelajar dan peminat sastera yang keliru dengan makna teori sastera dan teori kritikan sastera. Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori kritikan sastera pula bermaknsud teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan.
Terdapat teori sastera yang tidak digunakan dalam kritikan. Teori sastera ini wujud seadanya sebagai landasan ataua gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato atau apa juga teori sastera yang tidak digunakan atau tidak pernah digunakan dalam kritikan sastera. Teori sastera ini kekal dengan sifat teorinya dan tidak dapat digunakan atau tidak digunakan dalam amalan kritikan untuk mengesahkannya.
Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sedbagai teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsipnya tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks.
Kebanyakan teori sastera adalah juga teori kritikan, kerana kebanyakan teori sastera memang digunakan dalam amalan kritikan.

Sunday, January 10, 2010
UNTUK CIKGU AHMAD NASIR BIN HARUN
Sila buat bacaan terhadap buku berikut, kerana ia amat berkaitan dengan kajian sdra.
Muhammad Hj Salleh (2000) Puitika Sastera Melayu. DBP
Mohd Affandi Hassan (1996) Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid.Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Braginsky. I.V.(1994) Erti Keindahan dan Keindahan Erti Dalam Kesusasteraan Melayu
Klasik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dadney Townsend (2001) Aesthetics:Classic Readings From the Western Tradition,2nd
Edition, United States, Wadsworth.
Dr. Yusuf al-Qardawi (2000) Islam dan Seni (terjemahan) Bandung.Pustaka Hidayah
Leaman Oliver (2004) Islamic Aesthetics.Edinburgh. Edinburgh University Press.

UNTUK PELAJAR UKP 6033
B) MENULIS LATAR BELAKANG KAJIAN
1. Menjelaskan peranan dan penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan pelajar di sekolah SRJK yang dipilih.
2. Tunjukkan bagaimana penggunaan bahasa ibunda itu mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu dan kaitkan dengan kesannya ke atas penulisan karangan dalam kalangan pelajar di sekolah yang dipilih.
3) Aspek-aspek bahasa ibunda yang menimbulkan isu dalam penulisan karangan.
4) Pengaruh bahasa ibunda terhadap penulisan karangan dan kesannya
5) Jelasnya mengapakah kesan ini penting diberi perhatian dan dikaji.

A) MENULIS PADA BAHAGIAN PENGENALAN CADANGAN KAJIAN.
1) Pada bahagian pengenalan sewajarnya kita menerangkan secara umum/kasar isu yang berkait dengan perkara yang ingin dikaji.
2) Tidak perlu memperincikannya.
3) Cukup memberi satu gambaran umum tentang makluman perkara yang ingin dikaji.
4) Kaitkan perkara itu secara umum dengan isu yang timbul.
5) memadai ditulis dalam dua halaman
Contoh: Tajuk kajian `Pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan karangan pelajar di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina'
Perkara yang perlu diterangkan dalam bahagian pengenalan ialah;
1) Bahasa ibunda dalam pertuturan dan komunikasi
2) penutur dan pengguna bahasa ibunda.
3) peranan bahasa kebangsaan dan pengaruhnya
4) Penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan dan SRJK
5) Penggunaan bahasa kebangsaan dalam pengajaran bahasa di SRJK
6) Apakah masalah yang timbul dan mengapa?

Monday, January 4, 2010
JENIS KRITIKAN BERASASKAN DISIPLIN ILMU
Selain daripada pembahagian kritikan yang dibincangkan sebelum ini, kritikan juga boleh dijeniskan berdasarkan kepada disiplin ilmu seperti sejarah, sosiologi, psikologi,agama, biografi, moral dan mitos. Daripada sudut ini, terdapat pula jenis-jenis kritikan seperti Kritikan Sejarah, Kritikan Moral, Kritikan Agama dan lain-lain. Kritikan Moral adalah jenis kritikan tertua yang pernah dibicarakan oleh Plato. Plato amat menekankan aspek moral dalam karya seni. Dalam era moden pula, kritikan Sejarah adalah kritikan yang terawal muncul dan menguasai lebih daripada 60 tahun dunia kritikan sastera di Barat. Kritikan Sejarah mula ditolak oleh golongan kritikan baharu seperti Formalisme, New Criticism dan Strukturalisme. Golongan baharu ini lebih mementingkan aspek bahasa yang didakwa mereka sebagai sastera. Bahasa itu sastera, sastera itu bahasa. Perjuangan golongan ini bertujuan untuk meletakkan kesusasteraan pada tempatnya (sastera) dengan menolak unsur-unsur pengaruh ilmu lain di luar sastera.
Selain daripada disiplin Sejarah dan Moral, Kesusasteraan juga meminjam dan menggunakan teori-teori dalam disiplin ilmu lain seperti ekonomi, psikologi, agama,pengurusan, pergerakan wanita (Feminisme), antropologi dan sosiologi.

Friday, January 1, 2010
PENGUMUMAN KPD PELAJAR UKP 6033
Salam. Sila ambil perhatian. Sdr/i dikehendaki mengemukakan kepada saya tajuk/judul projek sarjana yang sdr/i telah pasti untuk dijadikan projek sarjana. Bagi pelajar sem 1, sdr/i bolehlah memikirkan bidang yang diminati/dikuasai dan boleh cadangkan kepada saya beberapa tajuk/judul yang berkait dengan bidang itu untuk dibincangkan dalam kuliah pada 8 Jan 2010 nanti.
KRITIKAN EKSPRESIF
Kritikan Ekpresif melihat hubungan karya sastera dengan pengarangnya. Karya sastera yang dihasilkan pengarang merupakan sebuah ekspresi diri pengarang yang terhasil daripada tanggapan-tanggapan, persepsi, pemikiran dan imaginasi pengarang itu sendiri. Pengarang menggunakan segala upaya dirinya dengan cara mencurahkan atau melontarkan idea, perasaaan, pemikirannya dalam bentuk karya.
Kritikan ini juga mempunyai sejarahnya tersendiri dan berkembang dalam era romantisisme yang percaya bahawa karya sastera adalah sesuatu yang sangat luhur dan suci. Pengkarya pula dengan sedar mampu mengolah, mengubah dan memperhalusi karyanya dengan sangat bijaksana. Pengkarya dianggap sebagai genius kerana kemampuannya merakam dan mengolah sesuatu yang `diwahyukan` (kebenaran) yang mana kemampuan itu tidak dimiliki oleh orang lain.
Kritikan ini cenderung mengukur dan menilai karya sastera dengan kesesuaian dengan penglihatan batin individu pengarang atau keadaan fikirannya (Rachmat Djoko Pradopo,1997:27). Untuk melakukan kritikan ini, pengkritik harus melihat dan menganalisis dalaman teks bagi menjelaskan sikap, perasaan dan pengalaman-pengalaman pengarang. Daripada analisis itulah, kesimpulan dapat ditanggap bahawa, karya itu dihasilkan dalam waktu pengarang berada dalam keadaan sedar, bawah sedar dan sebagainya.

Subscribe to:
Posts (Atom)