SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Tuesday, January 12, 2010

TEORI SASTERA & TEORI KRITIKAN SASTERA

Ramai dalam kalangan pelajar dan peminat sastera yang keliru dengan makna teori sastera dan teori kritikan sastera. Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori kritikan sastera pula bermaknsud teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan.
Terdapat teori sastera yang tidak digunakan dalam kritikan. Teori sastera ini wujud seadanya sebagai landasan ataua gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato atau apa juga teori sastera yang tidak digunakan atau tidak pernah digunakan dalam kritikan sastera. Teori sastera ini kekal dengan sifat teorinya dan tidak dapat digunakan atau tidak digunakan dalam amalan kritikan untuk mengesahkannya.
Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sedbagai teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsipnya tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks.
Kebanyakan teori sastera adalah juga teori kritikan, kerana kebanyakan teori sastera memang digunakan dalam amalan kritikan.

2 comments:

  1. boleh terangkan dengan lebih lanjut mengenai teori sastera?

    ReplyDelete
  2. Teori sastera ialah idea/gagasan idea yang membentu kerangka berfikir/fikiran untuk memahami sesuatu fenomena kesusasteraan

    ReplyDelete