ERA SEBELUM MERDEKA
Dalam tahun 1950-an, perkembangan kritikan makin rancak dengan kemunculan beberapa penulis dan pengkritik dari golongan ASAS 50. antara mereka yang penting sebagai tokoh kritikan ialah Asraf dan Hamzah (Hashim Awang,1988:104). Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat ialah Usman Awang (foto, kanan bawah), Keris Mas (foto kiri)
, Abu Zaki Fadhil, A.Samad Ismail (foto, Kanan atas)
dan Masuri S.N., Zubir Osman, Abdul Salam dan Awam-il Sarkam yang turut terlibat memberi pandangan dan penilaian terhadap karya-karya dan teori sastera, namun tulisan Asraf dan Hamzah lebih ke depan kerana terlibat secara langsung dalam polemik sastera yang berlaku pada tahun 1950-an.
Ada beberapa faktor yang turut mempengaruhi perkembangan genre kritikan ini, antaranya ialah pertumbuhan pesat persuratkhabaran dan majalah. Surat khabar dan majalah menjadi medan kepada para penulis dan pengkritik melahirkan buah fikiran dan pendapat tentang pelbagai isu. Faktor nasionalisme juga boleh dianggap sebagai turut membantu peerkembangan genre kritikan. Penulis dan pengkritik dalam masa yang sama adalah juga seorang pejuang kemerdekaan dan penentang penjajah. Suara-suara kritikan diluahkan menerusi tulisan dan karya kreatif. Sedikit demi sedikit, teknik dan penggunaan bahasa telah beralih dari beraliran romantis kepada aliran realisme, daripada bahasa indah dan puitisme kepada gaya bahasa patriotik dan mudah, ringkas serta denotatif.
No comments:
Post a Comment