SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Monday, May 9, 2011

TEORI BARAT DLM KRITIKAN SASTERA MELAYU

KEPUTUSAN UNDIAN



Amat setuju 86 (38.2)
Setuju 66 (29.3)
Tidak setuju 54 (24.0)
Tidak pasti 19 ( 8.5)
Jum Responden 225 100%

Keputusan ini menunjukkan sejumlah 152 pembaca atau 67.5@% pembaca bersetuju dengan pernyataan bahasa teori sastera barat tidak sesuai digunakan dalam kritikan teks kesusasteraan Melayu. Pembaca yang tidak bersetuju berjumlah 54 org (24%). Hal ini membuktikan pembaca mempunyai kesedaran bahawa, teks kesusasteraan Melayu tidak wajar dikritik menggunakan teori kesusasteraan Barat. Sejumlah 19 oraqng yang tidak pasti menunjukkan bahawa banyak maklumat perlu disebar dan didedahakn kepada pembaca tentang teori kesusasteraan Melayu.

2 comments:

  1. Salam Sdr. Halim.

    Keputusan ini tak berapa jelas.
    Bagaimana kalau kita nak tahu di kalangan sarjana/pensyarah sastera pula apa pandangan mereka? Di kalangan pelajar sastera bagaimana pula? Di kalangan editor sastera? Saya bertanya soalan2 ini kerana dari pengalaman saya, mereka yang disebut itu tidak percaya selain teori Barat boleh dipakai dengan memuaskan. Pengalaman sdr. Halim bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sdr mohd Affandi Hassan. Terima kasih atas pertanyaan. Saya setuju, keputusan ini umum sifatnya. jika kita nak tahu lebih jelas sikap dan pandangan semua pihak, perlu pada satu kajian lebih menyeluruh, tidak cukup sekadar tinjauan rambang macam ni. wbp, keputusan ini memberi satu kefahaman adanya kesedaran dalam kalangan peminat sastera di Malaysia bahawa teori sastera Barat tidak sesuai digunakan dalam amalan kritik sastera.

      Delete