SELAYANG PANDANG
Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali
Friday, May 17, 2013
WACANA TEORI SASTERA
Wacana Teori Sastera
Tarikh: 23.5.2013:
Masa:8.30 - 1.00 tgh
Tempat Dewan Kuliah J, UPSI:
Pembentang: Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
- Konsep Estetika Bersepadu Dalam Kritikan Sastera: Satu Pertimbangan
Pengulas: Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Hassan (UM)
Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (UPSI)
Dr. Shafie Abu Bakar (Sarjana Teori:
Modetator: Prof. Madya Dr. Azhar Wahid (UPSI):
Peminat sastera dijempuat hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aslkm, Dr.
ReplyDeleteAdakah kitab ulama Melayu klasik yang sarat kandungannya dengan ilmu agama termasuk dalam khazanah kesusasteraan Melayu? Sebagai sebuah karya sastera, adakah karya tersebut boleh dianalisis menggunakan teori sastera? Misalnya kitab akidah ulama Melayu, apakah teori sastera yang mungkin boleh digunakan untuk mengkaji konsep tertentu dalam kitab tersebut?
Bergantung pada elemen yang adalah dalam teks berkenaan. jika sekadar dekriptif mungkin karya berkenaan hanya sebuah kitab ilmu agama sahaja. jika terdapat elemen kreatif khususnya dlm penggunaan bahasa dan teknik penceritaan maka ia dapat digolongkan sebagai karya sastera agama. Karya sastera agama dapat dikaji menggunakan teori sastera berasaskan agama seperti teori Takmilah, teori Persuratan Baru, teori Hermenutik Kerohanian, teori An-Nur al-Ghazali, teori Estetika Bersepadu.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Dr. Saya ingin bertanya tentang Stilistik. Teori apakah yang paling popular dalam hal stilistik ini. Terima kasih.
ReplyDeleteDan.. siapakah tokohnya
Delete