ASAS 50: Golongan Formalis atau apa?
Maaf, kerana kurang memeriksa pada ruang comment akhir-akhir ini: berikut pandangan saya tentang pertanyaan sdr.
Golongan ASAS 50 memperjuangkan idealisme sosialis. Idea ini hampir kepada perjuangan golongan Marxisme.Karya kesusasteraan pada golongan ini menjadi wahana untuk memperjuangkan isu-isu dalam masyarakat sebenar (realiti. Kerana itu, sosial kelihatan lebih diutamakan dalam kesusasteraan berbanding dengan aspek seninya. Dengan kata lain, ASAS 50 menggunakan sastera untuk kepentingan masyarakat yang diperjuangkan lebih tinggi berbanding dengan seni sastera itu sendiri. Kesimpulannya, golongan ASAS 50 bukanlah golongan yang memperjuangkan `seni` sastera sebagai keutamaan. Meskipun pada hakikatnya mereka juga tidak menolak pentingnya estetika dalam karya. Lihat sajak-sajak Usman Awang yang indah dari sudut gaya bahasanya, tetapi isu sosial seperti setinggan, kemiskinan, penderitaan orang bawahan, nasib penjaja dan lain-lain yang ditimbulkan itu lebih diutamakan. Dapat dikatakan golongan ASAS 50 bukan pendokong idea formalis, tetapi lebih kepada terpengaruh dengan aliran realisme sosialis.
SELAYANG PANDANG
Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali
Saturday, October 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mana nak dpt maklumat pasal asas 50 dan konsep "seni untuk seni" dan "seni untuk masyarakat"
ReplyDeletemaaf lambat respon pada pertanyaan tuan. terdapat banyak tulisan tentang hal ini. salah satunya ialah latihan ilmiah pelajar ukm. latihan ilmiah ini telah dibukukan dan telah diterbitkan oleh penerbit UKM. Saya tidak ingat tahunnya dan penulsinay berbangsa India. jka ketemui buku itu akan saya bagi tahu segera.
ReplyDelete