SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Sunday, May 29, 2011

SASTERA DALAM ERA PASCAMODEN

Pascamoden adalah era perkembangan pemikiran selepas era moden. Ada pendapat menyatakan pascamoden adalah lanjutan daripada era moden. Ada pula yang beranggapan era pascamoden adalah suatu penentangan terhadap modenisme dengan ciri-ciri yang bersifat kontradik dengan modenisme. Perubahan-perubahan besar ekonomi dan masyarakat pada zaman pascaperang menjadi syarat objektif kelahiran pascamodenisme dengan mood zaman menyediakan syarat subjektifnya. Mood zaman pada waktu ini ialah ‘ketidakpercayaan’ dengan janji-janji modenisme, lantas lahirlah dekonstruksisme dan nihilisme (Abdul Rahman Embong, 1997:6). Bidang sastera tidak terkecuali daripada menerima bahang perubahan itu. Oleh itu,, timbul keyakinan-keyakinan baru yang menyimpang dari pandangan lama. Pemikiran moden dikatakan bersifat posivistik dan angkuh. Ia mengagungkan akal rasional (reason) dan kebolehan manusia (the human subject). Modenisme juga dianggap sebagai sejarah baru dunia yang ditandai dengan kepercayaan yang tinggi terhadap sains, mementingkan perancangan, bersifat secular dan bergerak maju (Akbar S. Ahmed 1992:10).

Dominasi modenisme ini bagaimanapun mula goyah apabila dasar-dasarnya ditentang oleh para pemikir yang mempelopori gerakan pascamodenisme. Tokoh-tokoh pemikir satera Eropah seperti G. Bateson dengan jelas menentang modenisme yang dianggap sudah gagal membawa kemurnian dalam kehidupan manusia (G. Bateson 1980:34). Demikian juga Michel Foucault yang mengenengahkan idea tentang kekuasaan menghasilkan kebenaran. Sementara itu para pemikir di Perancis seperti Lyotard dan Kristeva, Habermas di German telah menyemarakkan nyalaan pascamodenisme dalam tahun-tahun 1970-an. Dalam tahun 1980-an, gerakan pascamodenisme telah dianggap mencapai era keemasanya. Cunningham dan Valentine (1994) menganggapkan sesiapa yang tidak terlibat dengan perbicaraan satera pascamodenisme dianggap sebagai ketinggalan zaman.

bersambung.....

3 comments:

  1. assalamualaikum tuan abdul halim,
    Ini halela. Baru semalam saya habis bengkel haiku dan balik dari seremban. Bila sudah cukup rehat, insya-Allah saya pulun catatan tuan.

    ReplyDelete
  2. Prof Dr. Abdul Halim,
    Saya ada sebut nama Prof. dalam catatan blog saya www.halela.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Askum Jalela, apa khabar, maaflah kerana tak perasan catatan dalam blog saya ni. terima kasih kerana noted nama saya dalam blog. saya dah tengok. bila nak sampai ke malaysia lagi?

      Delete