SELAYANG PANDANG
Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali
Sunday, September 9, 2012
SEMINAR KEBANGSAAN TEORI SASTERA MALAYSIA
Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI akan menganjurkan SEMINAR KEBANGSAAN TEORI SASTERA MALAYSIA pada 28-29 September 2012 bertempat di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
OBJEKTIF
1.Membincang dan membahaskan kekuatan dan kelemahan teori-teori sastera janaan sarjana Melayu di Malaysia dalam amalan kritikan sastera.
2.Menyebar luas pengetahuan tentang perkembangan dan kemajuan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Malaysia menerusi pembentangan kertas kerja, dialog dan diskusi.
3.Merumuskan pandangan tentang usaha memartabatkan dan menytebar luas ilmu maklumat dan ilmu teori sastera Melayu.
4.Membincangkan idea-idea baharu tentang pelbagai fenomena dalam kesusasteraan.
TEMA
Penilaian dan Pemerkasaaan teori sastera Melayu
JADUAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
A)SESI 1: 28/9/2012 – Jumaat (8.30 – 9.30 Pagi)
1.Prof Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (UPSI)
2.Mohd Daud Mohamad (Mantan Ketua Bahagian Teori & Kritikan Sastera DBP)
Pengerusi Sesi: Profesor Madya Dato Paduk Dr. Mohd Rosli Saludin
B)SESI II: 28/9/2012 - Jumaat (10.00-11.40 Pagi)
1.YB Dr. Shafie Abu Bakar (Penteori)
2.Profesor Emeritus Dato Dr. Mohd Yusof Hassan (IPM, UPSI)
3.Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Hassan (APM, UM)
Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Azhar Wahid
C)SESI III: 28.9.2012 - Jumaat (3.00 – 4.30 Ptg)
1.Profesor Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir (ATMA, UKM)
2.Dr A.Wahab Ali (Sarjana)
3.Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali (BUDIMAN)
Pengerusi Sesi: Prof. Dr. HM Bukhari Lubis
D)SESI IV : 29.9.2012 – Sabtu (8.30 – 10.00 Pagi)
1.Dr. Hj Samsuddin Othman (UPM)
2.Dr. Hj. Naffi Mat (UPSI)
3.Junaidah bt Salleh (KPKK)
Pengerusi Sesi: Dr. Norazimah Zakaria
E)SESI V: 29.9.2012 – Sabtu ( 10.30 – 12.00 )
1.Prof. Madya Dr. Samsina Abdul Rahman (UPM)
2.Prof. Madya Dr. Zariat Mohd Rani (UPM)
3.Dr. Ani Omar (UPSI).
Pengerusi Sesi: Encik Ghazali Din
YURAN PENYERTAAN:
1. Bukan pelajar RM 100.00
2. Pelajar RM 50.00
Bayaran menggunakan cek hendaklah ditulis atas nama PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
atau boleh bank in ke akaun Persatuan BIMB 08068010031161 (tunjukkan slip bank pada masa pendaftaran)
Peserta akan disediakan dengan kudapan, merarau dan cicipan
prosiding, beg seminar dan sijil penyertaan
PENGINAPAN
Diurus sendiri oleh peserta. terdapat Lapan buah hotel yang boleh dihuni iaitu
Hotel Sahara Inn
Hotel Twin Star
Hotel Bunga Raya
Hotel anggerek
Hotel Sri Malim
Hotel Budget
Hotel LP
Hotel Cahaya
MAKLUMAT SEMINAR
Boleh hubungi terus Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali, 013-3326213
Prof. Madya Dr. Azhar Wahid, 017-3307518
Para ilmuwan, penggiat, pengkritik, peminat dan pendokong sastera Melayu dengan sukacitanya DIJEMPUT hadir ke seminar ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum prof.boleh kongsikan maklumat keistimewaan kajian perbandingan genre?
ReplyDeletemaklumat seminar ada dibuku dalam prosiding. sdr boleh dapat maklumat lanjut daripada prosiding itu.
ReplyDelete