SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Saturday, March 6, 2010

PENDEKATAN DALAM KRITIKAN

Seringkali para pelajar, malah dalam kalangan peminat sastera bertemu dengan istilah pendekatan. Tidak sedikit yang keliru dengna istilah ini. Kadangkala mereka bertemu dengan teori Struktural, kemudian bertemu pula dengan pendekatan Struktual. Apakah beza teori dengan pendekatan? Ini yang banyak mengelirukan mereka.
Pendekatan bermaksud cara bagaimana prinsip-prinsip atau dasar-dasar sesebuah teori diaplikasi atau digunakan dalam amalan kritikan. Ini bermakna, untuk mengkritik sesebuah teks memerlukan seseorang pengkritik terlebih dahulu menguasai dan memahami dengan baik prinsip-prinsip sesebuah teori. Contohnya, seorang pengkritik ingin memahami aspek perlambangan dalam sesebuah teks, maka pengkritik tersebut semestinya terlebih dahulu faham dan menguasai dengan baik prinsip-prinsip teori Semiotik.
Oleh kerana, pengkritik mengaplikasi prinsip-prinsip teori Semiotik dalam kritikannya, maka pengkritik tersebut bolehlah dikatakan telah menggunakan pendekatan Semiotik dalam kerja kritikannya. Dengan menggunakan pendekatan ini, bermakna, pengkritik ingin memahami dan membongkar rahsia makna lambang/simbol atau apa sahaja perkara yang berkait denganya dalam sesebuah teks kesusasteraan berasaskan prinsip-prinsip atau dasar teori Semiotik.
Pada posting akan datang, dibincangkan beberapa contoh pendekatan yang lazim digunakan dalam kegiatan kritikan sastera. Pendekatan yang digunakan tidak hanya berdasarkan prinsip-prinsip teori-teori yang ada dalam disiplin sastera, tetapi juga mengambil prinsip-prinsip teori daripada disiplin ilmu lain seperti sosiologi, moral, ekonomi dan psikologi. Dalam bahagian ini, dibincangkan beberapa pendekatan kritikan berasaskan teori sastera dan teori-teori lain yang muncul di Barat.

3 comments:

  1. apa beza cara dalam menggunakan pendekatan formalisme dan strukturalisme..??dan apakah aspek yang dirungkai dalam menggunakan pendekatan formalisme untuk kajian tradisi lisan atau cerita rakyat....??

    ReplyDelete
  2. dengan menggunakan pendekatan formalisme, apakah hanya menjurus kepada kajian plot, tema dan isi sahaja dalam cerita rakyat..?mohon penjelasan Tuan.

    ReplyDelete
  3. novel yang dihasilkan oleh penulis dari Malaysia Timur khususnya Sabah lebih sesuai dianalisis melalui pendekatan psikologi kerana banyak unsur kepercayaan dan adat yang diketengahkan. Apa komen @ pandangan dr ?

    ReplyDelete