SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Tuesday, March 16, 2010

PENDEKATAN FORMALISME

PENDEKATAN FORMALISME

Pendekatan Formalisme berasaskan idea `bentuk` yang peloporih pendokong teori Formalisme. Pada dasarnya, pendekatan ini hampir sama sahaja dngan pendekatan Struktural dan Kritikan Baharu. Malah pendekatan Formalisme ini juga disebut sebagai pendekatan struktural, yang berteraskan idea form dan struktur dalam kritkan teks.Teori Fromalisme percaya bahawa teks kesusasteraan mempunyai bentuknya tersendiri. Bahasa merupakan salah satu bentuk yang mengungguli teks. Teori ini juga percaya, bahasa merupakan teras tekstual yang meletakkan kesusasteraan tinggi nilainya.
Menggunakan pendekatan ini bermakna, pengkritik hanya memberi tumpuan kepada aspek tekstual teks, khusus aspek bahasa. Pengkritik haruslah memahami dasar utama Formalisme iaitu keanehan dan kejelian makna. Pengkritik akan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dalam penggunaan bahasa. Melhat bagaimana aspek bahasa itu dianehkan sehingga menjadi teks kesusasteraan itu indah dan unik.
Sekiranya mengkritik aspek bahasa, pengkritik tidak perlu memperkaitkannya dengan aspek-aspek atau struktur lain dalam teks, cukup dengan hanya memberi kepada aspek bahasa semata-mata secara terperinci dan mendalam. Sewaktu menganalisis aspek bahasa, pengkritik perlu membuat pembacaan yang mendalam dan terperinci bagi mengesan setiap kehadiran aspek bahasa di dalam teks dan bagaikmana makna berubah disebabkan oleh penganehan berlaku pada bahasa dalam teks.
Pengkritik juga harus berfikir bahawa teks terdiri daripada komponen formal dan struktur yang membinanya. Struktur atau bentuk formal teks biasanya terdiri daripada tema, bahasa, plot, watak,latar dan sebagainya. Aspek linguistik (bahasa) merupakan unsur formal teks yang paling dipentingkan oleh Formalisme, berbanding saspek lain. Oleh itu, pendekatan Formalisme ini lebih sesuai diaplikasikan terhadap teks puisi berbanding prosa.
Pendekatan ini membenarkan pengkritik menganalisis aspek struktur teks secara terpisah-pisah dan bergantung sepenuhnya dengan autonomi bahasa. Oleh itu, pendekatan ini juga memberi perhatian yang sangat tinggi terhadap aspek teknik dan penganehan. Berbeza dengan pendekatan Struktural yang mementingkan kesepaduan dan pengintegrasian semua aspek struktur yang terdapat di dalam teks.
Sebenarnya cara mengkritik menggunakan pendekatan Formalisme ini sudah dianggap sebagai ketinggalan. Kaedah mengajar mata pelajaran Melayu di sekolah pada hari ini juga menggunakan kaedah ini. guru mengajar aspek-aspek form dan struktur tekstual sebagai asas penting memahami tekstual teks. Mungkin kaedah mengajar menggunakan pendekatan inilah menjadi salah satu punca pelajar cepat boring dan tidak menarik minat mereka terhadap mata pelajaran kesusasteraan Melayu.

12 comments:

  1. ape ke hai nye eja fundamental kat tajuk di ataih tu tak betui yeop...fundamental bukannya fundemental

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Saya Mohd Imran dari IPG kampus Kota Bharu. Saya ingin bertanya kepada tuan, apakah bezanya pendekatan memahami teks kaedah global dan kaedah mengalami-menghayati dalam sastera. Dimanakan saya boleh dapatkan nota atau penerangan lebih detail tentang kaedah global. Sekiranya tidak keberatan, tuan boleh membalas di emel saya (ganu03204@yahoo.com).sekian, terima kasih..

    ReplyDelete
  3. nur upsi : salam..ape kaitan seni untuk masyarakat dgn teori formalisme??adakah pendokong seni utk masyarakat spt asraf jgk menggunakan pendekatan formalisme dlm mmbuat kritikan..cth???
    [mohon penjelasa, terima kasih]

    ReplyDelete
  4. Seni untuk masyarakat adalah slogan perjuangan golongan ASAS 50 termasuk Asraf. Teori formalisme pula ialah teori yang percaya bahasa bahasa adalah bentuk terunggul dalam teks. Teks tidak berkait dengan aspek lain di luar teks, tetapi hanya bergantung sepenuhnnya pada keunggulan bahasa. Bahasa itulah sastera. Idea Formalisme lebih kepada mementingkan seni (keindahan seni bahasa)sebagai tunggak sastera. Seni yang lebih dipentingkan berbanding aspek - aspek lain. Kerana itu idea formalisme bertentangan dengan idea seni untuk masyarakat.Asraf tidak mementingkan seni bahasa sebaliknya Hamzah lebih mementing seni dalam teks. Hamzah digolongkan dalam kelompok golongan yang memperjuangkan seni untuk seni, Asraf pula golongan seni utnuk masyarakat.

    ReplyDelete
  5. salam...En. Halim,sy de soalan b'kenaan research in mass media,di harapkan agar En.Halim dapat m'jwbnya.soalan saya, how to do the research in print media and electronic media?tq...

    ReplyDelete
  6. Pandangan saya.

    1) pastikan dahulu jenis/pendekatan kajian yang sdr ingin ambil untuk melaksanakan kajian. Kajian lapangan atau kepustakaan. Jika kajian lapangan, bermakna sdr ingin memungut data terlebih dahulu, mkemudian daripada data yang dianalisis sdra membuat rumusan/teori.
    Jika kaedah kepustakaan, bererti sdr mengkaji fenomena yang berkait dengan media cetak dan elektronik berdasarkan data yang sedia ada. Sdra p[erl;u tahu teori/model yang berkaitan kemudian apply ke atas data.

    2) Pastikan fenomena yang paling signifikan berkaiitan media elektronik dan media cetak yang ingin sdra kaji. Paling baik fenomena itu mestilah yang boleh membuktikan penemuan baharu.

    3) Bidang media cetak dan elektronik sangat luas. Saya cadangkan, spesifikkan areanya supaya l;ebih jelas dan nampak terarah dan fokus.

    Pandangan lain bvergantung pada soalan sdra. t kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum. Saya ingin mengajukan soalan mengenai apa yang terkandung dalam teori formalisme/ formalistik yang digunakan dalam seni visual. Teori formalisma dalam seni visual terdiri daripada apa?.....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak Tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori formalisme ialah teori sastera yang tidak percaya kepada aspek-aspek lain di luar teks sebagai memberi makna terhadap teks. Formalisme percaya makna sepenuhnya bergantung pada perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri teks itu sendiri (aspek tekstual), khususnya aspek bahasa, bukan bergantung kepada kehebatan penulis, sejarahnya atau perkara-perkara lain.Dalam konteks seni visual, sudah pasti keindahan seni visual dilihat pada seni bahasa yang digunakan dalam visual itu, bukan pada bakat dan kreativiti ahli seni visual itu.

      Delete
  9. Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, sekiranya sesebuah cerpen menggunakan pendekatan formalisme...apakah aspek yang perlu dikaji selain tema, persoalan, watak perwatakan?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, sekiranya kita ingin mengkaji teori formalisme terhadap sesuatu puisi, adakah kita perlu mengkaji tema, persoalan, watak, latar dan gaya bahasa? bolehkah kita hanya mengkaji gaya bahasa?

    ReplyDelete