SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Wednesday, April 8, 2009

APA ITU TEORI?

Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini, definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori.
Berikut dikemukakan beberapa definisi teori yang diberikan oleh sarjana Barat.
Mieke Bal (1985) Sebelum memahami definisi teori sastera, elok difahami terlebih dahulu makna teori. menyebutkan `a theory is a systematic set of generalized statements about a particular segment of reality. Menurut Heinan (1985) pula, teori ialah `a group of logically organized laws or relationships that constitute explainnation in a discipline`. Davis (2000) pula menyebutkan `theory is a simply an idea about why people are the way they are and act the way they act’. Kerlinger (1973:9) mendefinisikan teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan antara pembolehubah. Kerlinger menambah, tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan pengertian kepada kita bagaimana sesuatu fenomena itu terjadi.

8 comments:

  1. salam encik,boleh bantu saya dalam menyelesaikan masalah tugasan saya ini. `Sejauh manakah teori psikologi timur mampu untuk menandingi dan menjadi alternative kepada teori – teori yang dikemukakan di barat?` sila balas di email saya, hanif.ppg2011@gmail.com..saya harap encik dapat bantu saya.

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan sdr baca buku Teori personaliti dari perspektif Islam, timur, & barat
    Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub (2002)
    terbitan PTS Publications & Distributors. Mungkin ia bermanfaat untuk tugasan sdr. Untuk sendikit keterangan tentang teori psikologi timur dan barat akan saya postingkan sedikit masa lagi. mulai 20- 23 saya ke luar negara, selepas itu saya cuba bantu sdr.

    ReplyDelete
  3. salam, dr. halim boleh saya tau apa pinsip-prinsip dalam teori sosiologi . dan apa perbezaan teori sosiologi dengan pendekatan siosiologi ? terima kasih.

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu apakah "teori yang dikemukakan oleh bertolt breacht dalam bidang teater"?

    ReplyDelete
  5. salam dr.. saya nak tanya pasal teori pengurusan islam.. adalah bersifat rabbani itu adalah termasuk teori2nya? terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Prof,saya adalah pelajar UPSI semester satu,mengambil jurusan Kesusasteraan Melayu>saya membina satu blog tentang kesusasteraan iaitu http://persawanmuda.blogspot.com/,
    Diharapkan Prof dapat memberi komen dan pandangan tentang hasil karya dan penulisan sastera saya bagi memantapkan diri saya sebagai sasterawan Muda.Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, boleh saya tahu apakah perkembangan teori sastera di dalam konteks teks, pengarang dan pembaca?

    ReplyDelete