SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Thursday, April 16, 2009

TEORI SASTERA ERA KLASIK

Sejarah perkembangan teori sastera dapat disusuli daripada tradisi Greek. Plato boleh dianggap sebagai seorang tokoh pemikir yang terawal membicarakan soal seni. Idea-idea Plato tentang seni terakam dalam beberapa karyanya seperti Ion, Crito, The Republic dan tulisan-tulisan lain. Perbincangan Plato dalam karya-karyanya itu banyak menyentuh hal yang berkait dengan kebenaran, keindahan, kebaikan, moral, etika, struktur masyarakat dan realiti.
Bertolak daripada pemikiran Plato, muncul pula tanggapan lain terhadap seni oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Secara kontradik, Aristotle menolak beberapa pemikiran gurunya (Plato) tentang konsep seni dan penyair. Jawapan-jawapan kepada pandangan Plato ditulis oleh Aristotle dalam siri kuliahnya yang berjudul Poetics.
Daripada pemikiran Plato dan Aristotle merebaklah wacana teori dalam era klasik hingga ke era Victorian dengan muncul berberapa pemikir lain seperti Quintus Horatius Flaccus (Horace), Longinus, Dante Alighieri, Philip Sidney, John Dryden, Alexander Pope dan ramai lagi. Apa yang menarik daripada perkembangan awal ini ialah, golongan klasik sangat mementingkan dan menuntut seni yang membawa nilai moral, kebaikan dan didaktif. Pandangan mereka terhadap seni bersifat umum dan tidak disandarkan kepada satu kaedah yang sistematik.
Meskipun demikian sifatnya pemikiran pemikir klasik menanggapi fenomena-fenomena sastera, namun tradisi ini telah menyumbang kepada perkembangan teori sastera dalam era moden. Kerana itu, kata Ann Jefferson dan David Robey (1988), teori kesusasteraan moden mempunyai banyak persamaan dengan tradisi terdahulu malah banyak pula bergantung kepadanya.

No comments:

Post a Comment