SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Friday, April 10, 2009

PROSES MEMBINA TEORI

Pembentukan atau pembinaan sesebuah teori melibatkan empat proses iaitu, pemerhatian, pentafsiran, memperhalusi dan penerangan. Pengkaji lazimnya melakukan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang terdapat di dalam teks, pengarang mahupun khalayak. Idea awal akan tercetus daripada pemerhatian ini. Pengkaji akan merumuskan idea ini dengan adunan beberapa idea lain yang kemudiannya menjadi suatu gugusan idea. Idea-idea kemudiannya disusun dengan baik dan ditafsirkan sebagai penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan itu. Penafsiran awal kemudiannya diperhalusi dengan sokongan data atau bukti emperikal yang membantu membentuk satu generalisasi. Pada tahap ini, rangka teori sudah terbentuk dan mampu menerangkan atau menjawab permasalahan pengkaji terhadap fenomena yang diperhatikannya.
Gagasan idea atau saranan ialah himpunan atau gugusan beberapa buah idea awal yang membina konsepsi penteori. Gagasan ini boleh diterangkan atau dideskripsikan secara kronologikal satu persatu dan mempunyai hubungan yang berkaitan di antara idea pertama dengan idea berikutnya, sehingga memperlihatkan kesatuan idea yang padu.
Deskripsi bermaksud penteori dapat memperincikan hubungan-hubungan yang kelihatan berasaskan fenomena yang ditanggapi dengan idea yang dikonsepsikan secara sistematik dan beraturan. Sampai pada peringkat ini, maka secara asasnya terbangunlah sebuah teori kesusasteraan. Teori ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia melalui proses pengujian untuk memberi keabsahan dan legitimasinya sebagai teori kesusasteraan. Sebagaimana sifatnya sebagai sebuah teori, maka ia akan berhadapan dengan proses pemurnian, baik oleh penteori itu sendiri atupun oleh pihak lain.

No comments:

Post a Comment