Kriteria-kriteria ini bukanlah suatu yang mutlak dan khusus, namun, berasaskan inti teori, maka dapat dirumuskan kriteria untuk menentukan sesuatu teori itu ialah:-
proses pembentukannya
gagasan idea atau saranan,
deskripsi,
pengujian,
pemurniannya.
Pembentukan atau pembinaan sesebuah teori melibatkan empat proses iaitu, pemerhatian, pentafsiran, memperhalusi dan penerangan. Pengkaji lazimnya melakukan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang terdapat di dalam teks, pengarang mahupun khalayak. Idea awal akan tercetus daripada pemerhatian ini. Pengkaji akan merumuskan idea ini dengan adunan beberapa idea lain yang kemudiannya menjadi suatu gugusan idea. Idea-idea kemudiannya disusun dengan baik dan ditafsirkan sebagai penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan itu. Penafsiran awal kemudiannya diperhalusi dengan sokongan data atau bukti emperikal yang membantu membentuk satu generalisasi. Pada tahap ini, rangka teori sudah terbentuk dan mampu menerangkan atau menjawab permasalahan pengkaji terhadap fenomena yang diperhatikannya.
Gagasan idea atau saranan ialah himpunan atau gugusan beberapa buah idea awal yang membina konsepsi penteori. Gagasan ini boleh diterangkan atau dideskripsikan secara kronologikal satu persatu dan mempunyai hubungan yang berkaitan di antara idea pertama dengan idea berikutnya, sehingga memperlihatkan kesatuan idea yang padu.
Deskripsi bermaksud penteori dapat memperincikan hubungan-hubungan yang kelihatan berasaskan fenomena yang ditanggapi dengan idea yang dikonsepsikan secara sistematik dan beraturan. Sampai pada peringkat ini, maka secara asasnya terbangunlah sebuah teori kesusasteraan. Teori ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia melalui proses pengujian untuk memberi keabsahan dan legitimasinya sebagai teori kesusasteraan. Sebagaimana sifatnya sebagai sebuah teori, maka ia akan berhadapan dengan proses pemurnian, baik oleh penteori itu sendiri atupun oleh pihak lain.
Sesebuah teori kesusasteraan yang baik ialah teori yang sifatnya aplikatif mendokong sesuatu gagasan ketika berhadapan dengan teks kesusasteraan dan dapat membuka dinamikanya kepada pandangan-pandangan baharu serta menguja argumentasi dalam amalan kritik sastera. Teori kesusasteraan yang tidak digunakan dalam apa juga aplikasi kritikan adalah sebuah teori yang beku, kekurangan daya sistematikalnya dan statik. Teori sebegini tinggal `diam` dengan sifat murni teori tersebut dan tidak mampu memasuki ruang sastera amali.
Teori menyediakan huraian dan ramalan bagi menjawab sesuatu persoalan. Dengan huraian dan ramalan itu, para penteori berteori. Berteori bermaksud proses memberikan huraian dan ramalan tentang sesuatu fenomena kesusasteraan yang timbul. Kenyataan atau idea yang tidak cuba menghurai atau meramalkan sesuatu fenomena dengan cara yang tidak berperaturan bukanlah sebuah teori. Mungkin terdapat kenyataan-kenyataan yang yang betul dari segi definisi tetapi dari segi sifatnya bercanggah sesama sendiri atau masih kabur untuk difahami, maka kenyataan itu bukan sebuah teori yang lengkap, ia mungkin sekadar sebuah gagasan idea atau konsep atau sebuah paradigma.

No comments:
Post a Comment