SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Wednesday, January 13, 2010

APA ITU PENDEKATAN?

Dalam kritikan sastera, kita sering bertemu dengan istilah pendekatan. Dalam bahasa Inggeris bermaksud approach. Pendekatan tidak dibincangkan atau jrang diperkatakan dalam topik teori, sebaliknya dalam perbincangan dan perbahasan tentang kritikan teks atau kaedah untuk mengktitik teks, peroslan pendekatan ini timbul. Apakah itu pendekatan dalam konteks kritikan sastera?
Secara mudah, pendekatan dapat difahami sebagai cara sesebuah teks kesusasteraan itu didekati bagi tujuan membuat penilaian. Untuk mendekati teks, pengkritik memerlukan alat (teori) yang boleh menyampaikannya atau membolehkan pengkritik melakukan kritikan. Sekiranya, pengkritik menggunakan alatan daripada teori Formalisme, maka, pada waktu itu dapat dikatakan, pengkritik itu mengkritik teks menggunakan pendekatan Formalisme.
Menggunakan pendekatan Formalisme bererti, cara memahami, cara menginterpretasi dan cara menghuraikan hasil analisis berpandukan kepada prinsip-prinsip atau dasar-dasar teori Formalisme. Demikianlah halnya `sekirnya, pengritik menggunakan prinsip-prinsip teori yang lain dalam kritikannya.

No comments:

Post a Comment