SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Monday, January 4, 2010

JENIS KRITIKAN BERASASKAN DISIPLIN ILMU

Selain daripada pembahagian kritikan yang dibincangkan sebelum ini, kritikan juga boleh dijeniskan berdasarkan kepada disiplin ilmu seperti sejarah, sosiologi, psikologi,agama, biografi, moral dan mitos. Daripada sudut ini, terdapat pula jenis-jenis kritikan seperti Kritikan Sejarah, Kritikan Moral, Kritikan Agama dan lain-lain. Kritikan Moral adalah jenis kritikan tertua yang pernah dibicarakan oleh Plato. Plato amat menekankan aspek moral dalam karya seni. Dalam era moden pula, kritikan Sejarah adalah kritikan yang terawal muncul dan menguasai lebih daripada 60 tahun dunia kritikan sastera di Barat. Kritikan Sejarah mula ditolak oleh golongan kritikan baharu seperti Formalisme, New Criticism dan Strukturalisme. Golongan baharu ini lebih mementingkan aspek bahasa yang didakwa mereka sebagai sastera. Bahasa itu sastera, sastera itu bahasa. Perjuangan golongan ini bertujuan untuk meletakkan kesusasteraan pada tempatnya (sastera) dengan menolak unsur-unsur pengaruh ilmu lain di luar sastera.
Selain daripada disiplin Sejarah dan Moral, Kesusasteraan juga meminjam dan menggunakan teori-teori dalam disiplin ilmu lain seperti ekonomi, psikologi, agama,pengurusan, pergerakan wanita (Feminisme), antropologi dan sosiologi.

No comments:

Post a Comment