Wanita Dari Perspektif Klasik
Tokoh-tokoh falsafah era Yunani menganggap kedudukan wanita adalah rendah berbanding kaum lelaki. Malah, Thomas Aquinas, seorang ahli falsafah yang kuat pegangan agama pernah menyatakan, bahawa wanita sebenar tidak lengkap tanpa lelaki. Dalam tradisi masyarakat bangsa Arab sebelum Islam. Kaum wanita juga dianggap sebagai tidak penting dan dipandang rendah oleh masyarakat, malah bayi perempuan yang baharu lahir akan ditanam hidup-hidup kerana dianggap membawa `sial` kepada keluarga.
Sekian lama, kaum lelaki telah menjadi `kuasa` penentu dalam semua urusan kehidupan, termasuk dalam hal ehwal yang berkait dengan wanita. Di semenanjung Arab, Islam diturunkan untuk membebaskan wanita daripada perspektif songsang masyarakat dengan meletakkannya sama taraf dengan kaum lelaki di sisi Allah.
Di Barat, pandangan dan tanggapan klasik yang mengakar sekian lama dalam pemikiran masyarakat, akhirnya goyah pada penghujung tahun 1700-an, apabila kedengaran suara yang meragukan pandangan kuno terhadap kaum wanita. Mary Wollstnecraft, seorang pengarang A Vindication of the Light of Women (1792) merupakan tokoh wanita terawal yang menyuarakan pandangan bahawa, kaum wanita mesti bangun dan tidak hanya bergantung kepada kaum lelaki sahaja. Wollstcraft mendapat ilham berkenaan persamaan hak bersuara lelaki dan wanita dalam kerajaan menerusi tulisan Thomas Paine (1791-1792) dalam bukunya yang berjudul The Right of Man. Walau bagaimanapun, pandangan Mary Wollstnecraft tidak merubah keadaan. Selepas Mary Wollstnecraft muncul pula Margaret Fuller (1845-1969) dengan bukunya Women in the 19th dan John Stuart Mill dengan karyanya The Subjection of Women. Karya-karya ini membincangkan dominasi lelaki, ideologi yang bersifat phallosentrik dan konsep patriarki yang mula mencabar tradisi dan tanggapan lelaki terhadap biologi wanita (Siti Hajar Che Man,2000:4). Memasuki abad ke-20, munculnya Jane Tompkins yang bangkit memperjuangkan keterampilan wanita.
Kelompok-Kelompok Teori Feminisme
Meskipun tidak ada suatu tulisan yang boleh menjelaskan tentang teori ini secara terperinci, dan lagi tidak ramai kaum wanita yang terlibat dalam teori Feminisme ini, namun begitu, penglibatan dan kelompok kaum wanita yang dalam teori ini boleh dirujuk kepada tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.
Teori Feminisme Amerika lebih memberi perhatian kepada aspek tekstual, manakala teori Feminisme Britain pula cenderung kepada pengaruh Marxisme dengan fokus kepada penindasan terhadap kaum wanita. Teori Feminisme Perancis mementingkan aspek dalam jiwa wanita atau lebih cenderung kepada psikoanalisis. Meskipun berbeza dari segi pandangan dan metodologi, namun ketiga-tiga kumpulan feminsme ini sama dalam usaha mereka mendokong aspirasi wanita, memperjuangkan hak dan menyelamatkan wanita dari persepsi yang buruk dan dipinggirkan.
Kelompok pendokong teori ini juga dapat dibahagikan kepada dua era atau dua gelombang. Kelompok pertama ialah kelompok gelombang pertama (first wave) dan kelompok kedua ialah kelompok gelombang baharu (new wave/second wave). Gelombang Pertama bermula dari tahun 1890 hingga tahun 1920. Kelompok pendokong Feminisme dalam gelombang pertama lebih menumpukan kepada aspek-aspek persamaan hak. Gelombang ini dikatakan telah mencipta satu bentuk indentiti wanita di mana mereka telah mendapat hak yang sah di samping menikmati kebebasan yang diingini (Siti Hajar Che Man,2000:4).
Kelompok dalam gelombang kedua lebih radikal dengan menuntut kepentingan wanita secara menyeluruh. Gelombang ini juga dikenali dengan Feminisme Gender.
Feminisme Perancis
Feminisme Perancis cenderung kepada pengaruh teori Psikoanalisis. Ini bermakna, mereka memberi penekanan kepada aspek-aspek kejiwaan wanita. Meskipun pada dasarnya, Feminisme mengkritik pandangan Frued terutama yang berkait dengan seksimenya (Raman Selden,1989:137). Walau bagaimanapun, Feminisme Perancis tidak cenderung kepada idea Sigmund Frued, sebaliknya lebih kepada idea Jaque Lacan dan Derrida.

bismillah.....
ReplyDeleteassalamualaikum,
saya merupakan seorang pelajar kolej, yang ingin melakukan sedikit kajian berdasarkan kupasan teori feminisme...
saya berminat untuk mengutarakan sedikit persoalan berkenaan isu ini.
besarlah harapan saya kiranya tuan sudi menjawab beberapa persoalan tersebut.
terima kasih
Sdri iekin_91 sila baca catatan terbaharu saya.
ReplyDeleteassalamualaikum Dr,
ReplyDeletesaya merupakn pelajar Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, Kini saya sedang membuat kajian tentang wanita dan HIV/AIDS..Pertanyaan saya, adakah Dr ada menerbitkan buku2 berkaitan dengan teori2 sosial termasuk teori feminis..TQ, Dr..
Maaf, saya tidak menulis dalam bidang teori sosial. Ada sedikit tentang teori feminisme dalam buku saya berjudul ikhtisar teori dan kritikan sastera (2006). Saya cadangkan sdr membaca buku selenggaraan Dr Siti Hajar Che Man (USM) berkait dengan teori feminisme.
ReplyDeleteassalamualaikum dr,
ReplyDeletesaya merupakan seorang pelajar kolej, ingin melakukan sedikit kajian teks sastera berkaitan penindasan wanita. saya merancang utk mengkaji serba sedikit mengenai perwatakan watak wanita dan watak lelaki yang mendorong kpd berlakunya penindasan terhadap wanita. di sini saya mahu mengutarakan sedikit soalan saya mahu bertanya pendapat dr mengenai teori yg sesuai utk digunakan dlm kajian ini. besarlah harapan saya kiranya dr sudi meluangkan masa menjawab. segala kerjasama dr saya ucapkan jutaan terima kasih terlebih dahulu.
Maafkan saya krn sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini kerana amat ketara sibuknya. Kajian tentang penindasan terhadap wanita boleh dikaji berasaskan teori persuratan baru oleh Mohd Affandi Hassan untuk melihat secara perbandingan peranan wanita yang ditindas dengan peranan watak wanita yang sebenar dari sudut agama.
ReplyDeletesalam....sy plajar di UMS, ingin membuat thesis pasal psikoanalisis feminisme..yg fokus thadap penindasan terhadap wanita dalam filem...boleh tak cadangkan buku2 yg sesuai?
ReplyDeletesalam. jika saya buat kajian berkenaan persepsi wanita terhadap bahasa seksis. bolehkah saya menggunakan teori feminisme ini?
ReplyDelete