SELAYANG PANDANG

Selamat datang kepada pengunjung peminat dan penggiat kesusasteraan, khususnya yang berminat dalam bidang teori, kritikan dan penulisan puisi ke blog Teori dan Kritikan Sastera. Blog ini menyediakan maklumat akademik berkaitan sejarah dan perkembangan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di Barat dan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sisipan puisi, peribahasa dan pelbagai informasi tentang kegiatan kesusasteraan tanah air. Anda juga boleh kunjungi laman blog puisi saya di http://anjungpuisi.blogspot.com/ Semoga ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memanfaatkan perkembangan ilmu saudara/i ke arah memahami dan mengenali kebesaran dan keluasan ilmu Allah SWT. - a.halim ali

Monday, November 16, 2009

TEORI PSIKOANALISIS

Teori ini bermula dengan pemikiran Sigmund Freud tentang psikologi dan pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap sebagai dasar kepada segala tindakan dan perlakuan. Idea Frued tentang pemikiran bawah sedar dan sedar tercetus daripada pengalaman diri Frued sendiri sewaktu berhadapan dengan pesakit-pesakit jiwa di keliniknya. Frued berasa hairan dengan tingkahlaku pesakitnya.
Setelah melakukan dianogsis terhadap pesakitnya itu, beliau mendapati punca masalah pesakit itu bukan dari masalah fizikal tetapi atas sebab-sebab psikologi (Charles Bressler,1999:149). Dalam hubungannya dengan kesusasteraan, Freud menyebutkan kegiatan kesusasteraan adalah satu bentuk penglahiran luaran pengkarya dalam keadaan yang tidak sedar (unconscious mind).
Freud memfokuskan kepada pengkarya. Pengkarya dalam keadaan tidak sedarnya (unconscious mind) mencipta dunia imaginasi dan kemudian baharulah dengan sedar menulis dunia imaginatifnya itu dalam bentuk karya. Frued percaya, bahawa fenomena bawah sedar mempunyai pengaruh yang besar dalam mempengaruhi tindak tanduk dan cara berfikir seseorang. Menurut Frued, tempat yang paling strategik untuk menerokai aktiviti bawah sedar ialah `mimpi`. Interaksi keadaan sedar, tidak sedar dan bawah sedar inilah yang akan membentuk dan mempengaruhi diri dan dunia seseorang manusia.
Pandangan Sigmund Freud yang lebih menumpukan kepada pengkarya telah ditolak dan tidak diterima oleh banyak pendapat. Kemunculan teori-teori baharu yang memberi penumpuan kepada teks seperti Strukturalisme, Formalisme telah menenggelamkan idea-idea Freud. Pun begitu, tanggapan-tanggapan dalam teori baharu itu juga tidak disenangi oleh pemikir sastera yang lain lantaran menolak pengkarya sebagai salah satu unsur penting dalam proses pengintepertasian teks.
Meskipun pemikiran Frued sangat berpengaruh dalam perkembangan teori Psikoanalisis namun, tidak semua idea dan buah fikirannya diterima. Carl Jung, seorang anak murid Frued banyak menentang pandangan gurunya itu. Jung sebaliknya memperluaskan idea Frued dengan cara yang berbeza, tetapi tetap masih berkaitan dengan idea asal Frued. Jung kemudiannya mempopularkan teori Psikologi analitikal. Northrop Frye, seorang profesor teori kesusasteraan telah mengambil beberapa idea Jung dan mengembangkan teori Psikologi Arketipal pada pertengahan 1950.
Harold Bloom juga merupakan salah seorang pendokong teori Psikoanalisi,s namun membawa aliran yang berbeza dengan Frued. Bloom lebih berminat kepada konsep kepengaruhan dalam kesusasasteraan. Meskipun konsep kepengaruhan bukan perkara baharu dalam wacana sastera, namun pendekatan Bloom berbeza dengan konsep kepengaruhan yang ada dalam pemikiran Psikoanalisis klasik. Bloom memberi tumpuan kepada kepengaruhan yang menembusi jiwa pengarang dan menguasainya. Antara pandangan Bloom yang penting ialah menganggap bahawa pengaruh di antara pengarang hampir-hampir tidak terelakkan, terutamanya dalam kalangan penulis muda (Mana Sikana, 1998: 243).
Jacques Lacan mengambil jalan tengah dengan berusaha menyepadukan idea Freud dengan idea-idea Strukturalisme. Beliau cuba menghubung pembacaan teks secara akaliah dan memahaminya. Lacan sependapat dengan Frued bahawa pembaca sewaktu membaca berada dalam keadaan tidak sedar (unconscious) atau berpisah dari realiti. Tetapi, unconscious itu terbentuk sebagaimana struktur bahasa (Charles Bressler,1999: 149). Kata Lacan lagi, sebagaimana struktur bahasa ia (unconscious) adalah sebahagian daripada jiwa manusia yang boleh dianalisis secara sistematik.
Tokoh-tokoh penting dalam pendekatan ini selain Lacan ialah Carl Gustav Jung dan Northrop Frye. Namun, pengasas kepada idea pekdekatan ini tidak lain ialah Sigmund Frued sendiri. Cuma, ia dikembangkan dengan beberapa perubahan dan modifikasi oleh , Bloom, Lacan dan juga curl Jung.

8 comments:

  1. disebabkan itulah teori Sigmund Freud tidak sesuai untuk diterapkan dalam karya-karya sastera Melayu.

    ReplyDelete
  2. Bukan teori Sigmund Frued sahaja, malah kebanyakan teori sastera Barat tidak sesuai untuk mendatangkan makna yang benar berasaskan nilai jati diri bangsa Melayu dan Islam dalam teks-teks kesusasteraan Melayu.

    ReplyDelete
  3. amat setuju..sbb pengaruh teori barat lebih cenderung memesongkan islam..

    ReplyDelete
  4. melihat pada karya melayu yang ada sekarang rasanya tidak salah kalau dilihat dr sudut teori psikoanalisis ini krn memang penkarya berada dlm dunia imginatifnya sendiri yg kadang kesan dr apa ytekanan yg dihadapinya dlm hidup

    ReplyDelete
  5. hmmm ... sigmund mati pon sebab bunuh diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika dikaitkan dengan islaam lagi sesuai. sebaba aspek psikologi atau pemikiran bawah sedar manusia sememangnya adalah dalam islam

      Delete
  6. Dr, Mohon izin untuk guna bahan ini sebagai rujukan salam kajian saya. Terima Kasih.
    Idham, K. Trg.

    ReplyDelete
  7. Dr, teori psikoanalisis ini sama dengan teori psikologi atau tidak?

    ReplyDelete