ERA SEBELUM MERDEKA
Dalam tahun 1950-an, perkembangan kritikan makin rancak dengan kemunculan beberapa penulis dan pengkritik dari golongan ASAS 50. antara mereka yang penting sebagai tokoh kritikan ialah Asraf dan Hamzah (Hashim Awang,1988:104). Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat ialah Usman Awang (foto, kanan bawah), Keris Mas (foto kiri)



Ada beberapa faktor yang turut mempengaruhi perkembangan genre kritikan ini, antaranya ialah pertumbuhan pesat persuratkhabaran dan majalah. Surat khabar dan majalah menjadi medan kepada para penulis dan pengkritik melahirkan buah fikiran dan pendapat tentang pelbagai isu. Faktor nasionalisme juga boleh dianggap sebagai turut membantu peerkembangan genre kritikan. Penulis dan pengkritik dalam masa yang sama adalah juga seorang pejuang kemerdekaan dan penentang penjajah. Suara-suara kritikan diluahkan menerusi tulisan dan karya kreatif. Sedikit demi sedikit, teknik dan penggunaan bahasa telah beralih dari beraliran romantis kepada aliran realisme, daripada bahasa indah dan puitisme kepada gaya bahasa patriotik dan mudah, ringkas serta denotatif.
No comments:
Post a Comment