Menjelang awal abad Ke-21, kegiatan kritikan sastera di Malaysia terus rancak. Kerancakan ini banyak difaktorkan oleh peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menganjurkan lebih daripada 15 seminar dan bengkel teori dan kritikan sastera Melayu. Menerusi seminar dan bengkel ini, para sarjana dan pemikir teori sastera Melayu membentangkan buah fikiran dan idea-idea baharu ke arah memperkukuhkan lagi disiplin kritikan sastera di Malaysia.
Selain itu, peranan institusi pengajian tinggi (IPTA) juga amat membantu perkembangan bidang teori dan`kritikan sastera di negara ini. Kebanyakan
IPTA seoerti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni dan Warisan Malaysia (ASWARA) terus menawarkan kursus-kursus yang berkaintan dengan bidang ilmu teori dan kritikan sastera di injazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Walau bagaimanapun, tumpuan ahli akademik dalam bidang teori di IPTA makin berkurang berbanding bidang prosa moden dan puisi.
Beberapa tokoh teori dan kritikan seperti Hashim Awang, Mana Sikana, Muhammad Haji Salleh, Mohd Salleh Yaapar, Foto, kanan atas)

Era mutakhir juga menyaksikan kemunculan beberapa teori dan pendekatan baharu dalam dunia teori dan kritikan sastera Melayu. Mohamad Mokhtar Hassan misalnya memperkenalkan Pendekatan Kata Kunci. Pendekatan ini buat pertama kali dibentang pada seminar Teori dan Kritikan Sastera Serantau di Hotel Park Royal Kuala Lumpur. Manakala A.Wahab Ali dengan teori Sastera Warisan, Rahman Shaari dengan teori Anjakan Makna dan Abdul Halim Ali dengan teori Estetika Bersepadu. Kesemua ini menjadi petanda pengukuhan dan pemantapan yang secara bertahap-tahap berlaku dalam perkembangan teori dan kritikan sastera Melayu.
Kedudukan dan pertumbuhan teori sastera Melayu tidak berpusat di Malaysia sahaja, tetapi juga berkembang di rantau Nusantara seperti di Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Di Singpura kemasukan dan perkembangan teori sastera Melayu banyak diusahakan oleh Mana Sikana yang menjadi tenaga akademik di National Institute of Education (NIE). Beberapa orang tokoh akademik di Singapura yang turut terlibat ialah Hadijah Rahmat,


No comments:
Post a Comment